PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Definisi Awal Kanak-Kanak

  1. menurut National Association for the Education of Young Children (NAEYC):
    • pendidikan awal kanak-kanak diberi seawal usia lahir hingga berumur 8 tahun
  2. Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat menyatakan :
    • pendidikan awal kanak-kanak diberi kepada kanak-kanak yang dibawah umur 18 tahun
  3. menurut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) :
    • program pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun dinamakan Tadika
  4. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) :
    • program pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun

download

Konsep Pendidikan Prasekolah

  • Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak.
  • Peringkat yang pertama ialah Taman Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun.
  • Peringkat kedua ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.
  • Tadika adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak.
  • Bagi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-kanak sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara ringkas.
  • Oleh itu Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.

images

Matlamat Pendidikan Prasekolah

  • Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah

Objektif Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Prasekolah membolehkan murid:
  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep kendiri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.
  • Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
  •  Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukan sebagai bahasa kedua.
  • Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
  • Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial.
  • Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik.
  • Mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

images (1)

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai

download (1)

Pengenalan

  1. bagi kelas yang mempunyai 5 atau lebih murid beragama Islam, Pendidikan Islam hendaklah diajar sekurang-kurangnya 120 minit seminggu
  2. bagi kelas yang mempunyai 5 atau lebih murid yang bukan beragama Islam, Pendidikan Moral hendaklah diajar sekurang-kurangnya 120 minit seminggu.
  3. Bagi kelas yang tiada atau mempunyai kurang daripada 5 orang murid bergama Islam, Pendidikan Moral boleh digabungkan dengan Pembelajaran Bersepadu.

WhatsApp Image 2017-10-02 at 4.13.05 PM

Pendidikan Islam

Pendidikan Islam memberi penekanan terhadap penguasaan asas Al-Quran dan jawi, pembentukan akidah, pemupukan asass ibadah, penyuburan adad dan akhlak dan pengenalan kepada sirah.

Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran yang berteraskan Pendidikan Islam, murid boleh:

  1. Mengenal huruf-huruf hijaiyah, menghafaz surah-surah pendek dan mempelajari bahasa Arab mudah.
  2. Memahami asas beriman dan beribadah kepada Allah.
  3. Mengenali sirah dan peribadi Rasulullah SAW serta berusaha mencontohinya.
  4. Mengamalkan adab dan akhlak yang mulia dalam kehidupan.
  5. Membaca suku kata dan menulis huruf jawi dengan betul.

Pendidikan Moral

Pendidikan Moral memfokuskan pembentukan insan berakhlak muia dengan berteraskan tiga domain iaitu:

1. Penaakulan Moral

-Keupayaan mental untuk mengenal pasti perlakuan baik atau benar dan perlakuan jahat atau salah

2. Emosi Moral

-Kesedaran perasaan moral melahirkan kesedaran untuk berkelakuan baik dan betul yang menyebabkan insan berasa gembira apabila membuat sesuatu yang betul dan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang tidak betul. Perasaan moral melahirkan motivasi moral dan niat untuk bertindak berdasarkan empati dan simpati terhadap diri dan orang lain.

3. Perlakuan Moral

-Tindakan moral yang ada kaitan antara penaakulan moral dan emosi moral secara rela hati dengan rasa bertanggungjawab, akauntabiliti dan berintegriti.

Ketiga-tiga domain perlu diaplikasikan dengan 14 nilai universal yang menjadi wahana bagi menghasilkan insan yang berakhlak mulia. Nilai universal tersebut merupakan nilai-nilai murni yang diterima dan menepati anutan agama atau kepercayaan masyarakat Malaysia.

Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran Pendidikan Moral, murid boleh:

  1. Mengetahui dan memahami amalan nilai masyarakat Malaysia.
  2. Menghayati dan mengamalkan budi pekerti mulia dalam kehidupan seharian.
  3. Mengeratkan hubungan denga anggota masyarakat ke arah mengukuhkan perpaduan.

MATLAMAT & OBJEKTIF Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)

MATLAMAT KSPK

KSPK bertujuan memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya.

OBJEKTIF KSPK

KSPK menyediakan peluang kepada murid untuk mencapai objektif seperti yang berikut:

  1. Menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan.
  2. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
  3. Mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
  4. Menghargai dan peka terhadap budaya masyarakat Malaysia.
  5. Menyayangi dan menghargai alam sekitar.
  6. Memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri

KERANGKA KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

KSPK dibina berasaskan enam tunjang. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan membangunkan modal insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan, berpengetahuan, berketerampilan, berpemikiran kritis dan kreatif serta inovatif sebagaimana  yang digambarkan dalam Rajah 1.

 
kurikulum-tunjang

Rajah 1: Kerangka Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

PENGENALAN

Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia pendidikan. Pengalaman prasekolah dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menyeronokkan dapat membekalkan murid dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap yang positif untuk pembelajaran yang seterusnya.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) adalah wadah utama yang menjadi panduan guru dalam mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan prasekolah bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang.

KSPK digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak. Kandungan KSPK adalah berasaskan enam tunjang iaitu:

  1. Tunjang Komunikasi,
  2. Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai,
  3. Tunjang Kemanusiaan,
  4. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika,
  5. Tunjang Sains dan Teknologi, dan
  6. Tunjang Keterampilan.

Antara perkara yang diberi penekanan dalam pengubalan KSPK ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dinyatakan secara eksplisit dalam penulisan Standard Pembelajaran. Guru perlu menterjemah Standard Pembelajarab dalam p&p di bilik darjah dengan penekanan kepada KBAT.

Kandungan yang dipelajari di peringkat prasekolah pada asasnya merupakan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan murid sebagai persediaan untuk mengikuti pendidikan di peringkat sekolah rendah kelak.

PENGANGKUTAN

MENGENALI PENGANGKUTAN

PENGURUSAN KEBERSIHAN DI PRASEKOLAH

"Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman"

TUNJANG SAINS DAN TEKNOLOGI

SITI NUR AIN NAJIHAH BINTI ALI, PPISMP PAKK 2017

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

TENGKU ASIAH BINTI TENGKU MD FAUZI (PAKK JUN 2017)

MARI BELAJAR PENDIDIKAN ISLAM!

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai.

KENALI WARNA !

INFIRU NAN JAUH

The Daily Post

The Art and Craft of Blogging